Kita biasa terdedah dengan perkataan-perkataan bidang teknologi dan digital dalam Bahasa Inggeris.Â
Bagaimana hendak menyebut perkataan-perkataan itu dalam Bahasa Melayu?
Sumber Rujukan: Dewan Pelajarsertaan
Peranti, cip atau litar yang boleh ditambahkan atau disertakan pada papan litar sedia ada pada bila-bila masa kerana ruang atau soket untuk menempatkan komponen tersebut sudah disediakan.
kecerdasan umum buatan (AGI)
Teknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang tidak terhad dan mempunyai kemampuan kognitif (pengetahuan) setaraf dengan manusia seperti pemprosesan bahasa dan imej.
kecerdasan terhad buatan (ANI)
Teknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang terhad kepada fungsi tunggal seperti Siri (Apple), Alexa (Amazon), perisian pengecaman wajah dan sebagainya.
kecerdasan super buatan (ASI)
Teknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang mampu melakukan semua perkara termasuklah secara fizikal, bahkan dapat mengatasi kemampuan manusia termasuklah membuat keputusan dan memilih tindakan rasional seperti robot mengambil alih mesin pembuatan.
bahan asal digital
Bahan yang berasal dan hanya wujud dalam bentuk digital. Bahan ini berbeza dengan bahan analog yang dijadikan sebagai bahan digital seperti bahan bertulis dan bercetak yang diimbas.
pisahan lajur
Paparan yang terpisah pada bahagian lajur helaian hamparan elektronik.
pencipta kandungan
Individu yang menyediakan kandungan maklumat seperti video, blog atau catatan media sosial, terutamanya dalam media digital untuk pengguna secara dalam talian.
pemasaran kandungan
Aktiviti memasarkan kandungan maklumat daripada penciptaan, penerbitan dan perkongsian seperti video, blog dan catatan media sosial yang disasarkan kepada pengguna secara dalam talian.
pengintipan siber
Perbuatan memperoleh rahsia dan maklumat sulit tanpa kebenaran dan pengetahuan pemegang maklumat untuk manfaat peribadi, ekonomi atau politik yang dilakukan melalui Internet.
penculas siber
Individu yang menggunakan kemudahan Internet dan e-melmajikannya untuk melakukan aktiviti peribadi semasa waktu bekerja seperti bermain permainan dan membeli-belah secara dalam talian serta melayari laman media sosial.
keterhubungan digital
Keupayaan jaringan digital sebagai medium capaian Internet yang menghubungkan manusia, organisasi atau objek untuk berkomunikasi dan mengakses perkhidmatan seperti Jaringan Sejagat (www), e-mel, pekerjaan dan pembelajaran jarak jauh, e-dagang dan lain-lain. Contoh keterhubungan digital termasuklah teknologi Edge, 3G/4G/5G, Talian Pelanggan Digital Asimetri (ADSL), Jalur Lebar dan teknologi gentian optik.
undi turun
Suatu tindakan yang membolehkan pengguna memberikan isyarat penolakan sesuatu kandungan di laman web melalui ikon-ikon yang tertera pada skrin.
dedah maya
emoji
Tanda, lambang atau ikon bergambar yang digunakan dalam komunikasi elektronik seperti teks mesej, e-mel dan hantaran dalam media sosial untuk menzahirkan emosi pengguna bagi menyampaikan maklumat dengan ringkas. Emoji terdapat dalam pelbagai jenis rupa, iaitu air muka, objek, tempat, cuaca dan haiwan.
sohor Instagram / pesohor Instagram
Individu yang terkenal kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai dan jumlah tanda suka yang banyak pada hantaran gambar aplikasi Instagram.
laman penambat
Laman web tersendiri yang dicipta khusus untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran tanpa pautan lain. Laman web ini biasanya mempunyai satu muka halaman sahaja.
kecerdasan mesin
Keupayaan mesin melakukan fungsi yang biasanya dikaitkan dengan kecerdasan manusia, seperti pembelajaran dan penyelesaian masalah.
pengecaman aksara optik (OCR)
Perisian yang mengecam aksara teks secara optik dengan menukar imej yang telah diimbas dalam format peta bit kepada bentuk yang dapat disunting menggunakan perisian pemproses kata.
titik keluhan
Masalah yang berterusan atau berulang terhadap produk atau perkhidmatan yang kerap menyusahkan atau menjengkelkan pelanggan.
pemberitahuan semerta
Maklumat yang muncul serta-merta pada skrin peranti mudah alih.
lampu cecincin
Alat pencahayaan berbentuk lingkaran, yang biasanya digunakan sebagai sumber cahaya tambahan untuk menerangkan objek yang diambil gambarnya.
pakar bidang subjek (SME)
Seseorang yang berautoriti dalam sesuatu domain atau topik subjek. Dalam konteks e-pembelajaran, mereka ialah pakar rujuk kepada kandungan kursus.
kumpulan hasut maya
Kumpulan orang yang diupah untuk membuat hantaran dalam media sosial yang bersifat provokatif untuk menimbulkan konflik atau memanipulasikan pendapat awam.
undi naik
Suatu tindakan yang membolehkan pengguna memberikan isyarat persetujuan atau menyokong sesuatu kandungan di laman web melalui ikon-ikon yang tertera pada skrin.
webisod
Rancangan televisyen, video dan lain-lain yang ditayangkan secara berepisod yang, hanya dapat ditonton secara dalam talian.